Monday, April 6, 2009

Sibuk sedikit..

Dah lama juga tak update blog ni. Tak tau la kenapa susah sangat nak cari masa nak update blog,padahal idea melambak. Kesempatan menulis ni aku nak komen sikit2 pasal isu semasa politik negara.

Tahniah Dato' Seri Najib..

Alhamdulillah, di sebalik 'usik-usik' pihak yang tak bertanggungjawab(dengan kata lain 'dengki'), DSN akhirnya mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang keenam. Kalau Allah dah takdirkan DSN menjadi PM, Anwar boleh buat apa?Tapi bukan nak cakap pasal si Munafikun tu, tapi kebijaksanaan DSN dlm berpolitik. 

Dalam PAU 2008 yang baru lepas, DSN menjemput Tun M ke atas pentas bersama dgn pemimpin lain terutama Pak Lah. Ternyata DSN mempunyai pandangan yang jelas bagaimana untuk satukan UMNO semula.  Pagi pertama beliau sebagai PM diluangkan bersama Tun M. Aku lihat ini sebagai satu tindakan bijak meyakinkan Tun kembali ke pangkuan UMNO dan memperoleh semula sokongan mereka yang keluar UMNO bersama Tun tahun lepas. 

Pada hari kedua DSN turun menemui rakyat di KL. Beliau ke Petaling St,Kerinchi dan Jalan Tun Sambathan di Brickfields. Gembira sungguh nampaknya tokeh kedai mamak di Brickfields tempat DSN singgah. 

Di Bukit Selambau dan Bukit Gantang semalam, Tun M memberi ucapan pendek beliau kepada pengundi2 di sana. Ternyata DSN pandai memberi pukulan KO kepada pembangkang. Ramai yang hadir melepaskan kerinduan mendengar ucapan Tun M. Kalau waktu Tun jadi PM dulu, bila beliau berucap aku confirm terpaku depan tv.

Hanya selepas seminggu mentadbir(aku taknak guna 'memerintah' sebab macam diktator pulak rasanya), nampaknya DSN memang pandai memberi 'political gesture' beliau kepada rakyat. Idea 1Malaysia pula bakal menjadi agenda beliau dalam menyatupadukan semula rakyat pelbagai kaum dan agama. Benar bagai dikata si Munafikun, DSN adalah orang paling cerdik dalam UMNO.


Alahai si Munafik...

Yang ni tak habis2 menipu rakyat. Kononnya ada berita tergempar yang nak disampaikan, tapi macam biasalah dia ni, cakap lebih, tapi bila sampai waktu, habuk pun tadak. Sama la macam 16 Sept. Bak kata orang 'buang karan jek'. 

Setakat ini sudah 6 ketua bahagian PKR Kedah bertindak keluar parti sebab hilang kepercayaan pada Munafikun (kami dah lama tak caya,hangpa lama kena tipu na). Maka PKR sememangnya seperti yang dijangka bakal menghadapi pendakian sukar untuk mempertahankan kerusi DUN Bkt Selambau.  Bekas ketua bahagian PKR Jerai, V.Kalaivanar pulak hari2 pusing Bkt Selambau bagi ceramah bergerak suruh orang jangan pangkah PKR, parti rosak katanya. Kita tengokla nanti apa kesudahannya malam 7 April nanti.

Pada pandangan aku, pertarungan sebenar adalah di Bukit Gantang. Nizar derhaka vs rakyat Perak. Melihat kepada sambutan yang diberikan semasa ucapan Tun M semalam, petanda positif BN akan menang. Tak tahulah kalau ramai yang datang cuma nak dengar.  Tak sabar nak dengar apa si Munafikun tu nak komen kalau dia kalah 3-0. Mungkin dia akan komen, "Pemain2 saya menunjukkan prestasi yang bagus hari ini. Pengadil yang bersalah dan tak professional. Ada pemain2 hantu yang dibawa masuk". Pengadil pulak yang salah..


Confessions of an Economic Hitman by John Perkins.

Ini tajuk buku yang aku tengah baca. John Perkins merupakan seorang bekas 'Economic Hit Man (EHM)'. Economic Hit Man merupakan satu jawatan ala2 agen CIA, tetapi ditugaskan untuk menundukkan negara2 yang di kehendaki kerana sumber ekonomi mereka (minyak cthnya) dengan jalan memberi rasuah kepada pemimpin negara terbabit dan memberi pinjaman dalam jumlah yang besar dengan interest rate yang tinggi. Ini merupakan jalan bagaimana US membina empayarnya melalui jalan ekonomi. Tak perlu berperang macam zaman dulu. Pemimpin2 yang liat untuk tunduk akan dibunuh. Contohnya seperti presiden Ecuador dan Panama. 

Ada 3 peringkat untuk menundukkan pemimpin sesebuah negara. Pertama melalui EHM. Kalau tak jalan US akan hantar 'jackals'. Tugas jackals adalah untuk membunuh. Dan terakhir kalau dua jalan pertama tak boleh, baru military akan masuk. Aku baru baca separuh jalan, aku akan bagi ulasan bila dah habis nanti.   
 



Saturday, March 7, 2009

PPSMI lagi

Saya sedang menyambung pelajaran di US. Saya anak kampung. Ayah saya belajar sampai MCE, ibu saya sampai SRP. Saya tidak di didik dengan BI di rumah. BI hanya saya belajar di sekolah. Ilmu matematik dan sains juga saya belajar dalam BM di sekolah.

Tetapi saya mampu mengaji dengan lebih jauh ilmu matematik (saya sedang mengikuti program Sarjana dalam Sains Aktuari),lebih jauh daripada orang lain yang ibu bapa mereka bercakap BI di rumah atau mereka yang membesar di luar negara.

Saya boleh katakan BI saya sangat baik.Bagaimana saya belajar BI? Usaha sendiri dan pertolongan guru-guru BI saya.Juga daripada muzik,TV,novel,buku,majalah,surat khabar dll. Waktu kecil saya suka lihat Tun M bercakap BI. BI beliau ringkas, padat, tepat dan kadangkala pedas kepada 'siapa yang makan cili'.

Juga saya berterima kasih kepada guru-guru saya di Kolej Yayasan Saad. Mereka menyedarkan saya, BM sangat penting kerana saya anak Melayu. Mereka juga sedarkan saya yang BI saya perlu ditingkatkan jika mahu pergi lebih jauh.

Sejak itu, anak kampung ini berjinak-jinak dgn novel dan bahan bacaan BI. Saya sedari sejak itu bahawa pengetahuan saya jadi lebih luas kerana saya mampu membaca bahan-bahan yang lebih luas skopnya.

Saya juga berterima kasih kepada UiTM yang medium pengajarannya dalam BI. Banyak buku-buku yang lebih mendalam ilmunya seperti jurnal-jurnal antarabangsa dan buku-buku tulisan professor yang tersohor dalam bidang masing-masing adalah dalam BI. Pelajar yang kurang baik BI mereka 'terpaksa' belajar BI dan kamus sentiasa di tangan mereka.

Jarang sekali buku-buku ilmiah peringkat tinggi adalah dalam BM. Kalau adapun buku-buku ilmiah dengan tulisan yang tidak berkualiti (maksud saya dalam bidang saya).

Apabila saya tamat pengajian, fasa mencari kerja bermula. Tiada langsung temuduga dalam BM. Ada satu temuduga di salah sebuah bank pelaburan terbesar di ibu negara yang saya berjaya lalui. Kefasihan dalam BI memang sangat diperlukan. begitu juga temuduga yang lain.

Apa yang saya cuba katakan di sini, BM hanya digunakan di sekolah, tidak di pengajian tinggi dan di dunia 'sebenar' di luar sana. Ini realiti yang kita perlu telan. BM bukan lingua franca.

Anak-anak muda Melayu jarang membaca novel BM dan bahan bacaan BM lain selain majalah. Kursus sastera di universiti hanyalah untuk mereka yang gagal ke aliran lain. Tiada pelajar yang 14A atau 15A mahu ambil sastera di universiti.

Saya dan mereka bukan dalam lingkungan PPSMI. Namun kami mampu belajar ke luar negara dan meperoleh kecemerlangan. Dan seperti yang saudara lihat di sini, BM saya masih lagi 'A'.

Jadi, pada saya PPSMI tidak perlu. Tetapi anak-anak kita perlu dimantapkan BI mereka. Soalan saya:

1. BI anak-anak kita tidak mantap, salah guru, kerajaan atau salah ibu bapa?

2. Kepada Pak Samad yang saya sanjungi dan pejuang BM yang lain: Di manakah buku-buku ilmiah yang harus diterjemah? Terutamanya di peringkat tinggi? Adakah BM hanya untuk sajak hari merdeka?

Harus di ingat tamadun Barat jadi maju kerana menterjemah ilmu-ilmu tamadun Islam. Penterjemahan boleh dijadikan satu industri yang besar. Melalui penterjemahan barulah kursus-kursus di universiti di jalankan dalam BM.

Semua ini kita tak perlu tunggu kerajaan mulakan. Boleh dimulakan sendiri. Mentaliti 'kerajaan harus mula dalam segala segi' harus dihapuskan.

p/s: Menanti pejuang BM mulakan kerja menterjemah.



Friday, March 6, 2009

Hujah berdasarkan fakta dan disertakan penjelasan..baru mantap!

Hari ni aku terserempak dgn blog seorang hamba Allah ni..hujahnya disertakan dengan fakta dari pelbagai pendapat dan ada penjelasan sekali. Semoga bloggers yang lain ikut contoh hamba Allah ni.

Monday, March 2, 2009

Kerajaan gila talak bawah pokok


Dia buat hal lagi. Memang tak nak kalah tu. Semangat tu aku puji tapi biarla bertamadun sikit. Takkanla sampai buat sidang DUN kat bawah pokok. Terbuka la katakan. Nasib baik hari tak hujan. Lepas ni boleh buat kat tepi sungai atau taman tema Lost World of Tambun. Tak payah susah-susah nak buat bangunan.

Speaker DUN Perak ni memang memalukan. Dahla derhaka tak menghadap Tuanku Sultan Perak untuk mintak perkenan adakan sidang DUN, main utus surat cukup. Ingat tu girlfriend dia ke? Lepas tu bila Sultan tak perkenan, tetap adakan sidang DUN. Bila tak boleh masuk, buat kat bawah pokok. Macam cerita P.Ramlee, kerajaan Pasir Berdengung.

Sekarang ni dia ada satu masalah lagi. Peguam-peguam yang dia lantik tak boleh mewakili si badut tu dalam kes saman oleh Dr.Zambry. Dia harus diwakili oleh oleh Peguam Negara(nak kena melutut kat Peguam Negara?) atau peguam yang dilantik Peguam Negara. Kalau dah tak nak melutut kat Peguam Negara, terpaksala dia letak jawatan. Nak lari ke mana?Ni dah kira checkmate lah nih.

Kita tengok jela bab gila kuasa mereka ni. Macam ni la kalau orang dilamun mimpi tiba-tiba dikejutkan dan disergah. Dia tersedar dan bangun tersentak, berjalan tak tahu ke mana arah tuju. Macam orang berjalan dalam gelap. Habis semua dilanggarnya. Orang kalau ada 'bantal busuk' jangan di ambil bantal busuknya, nanti dia jadi tak tentu arah. Tak boleh dipisahkan. 

Begitu lah ironinya PR Perak, dah sedap cium bau kuasa, duit, pangkat, Toyota Camry dan kediaman MB, memang susah nak pisahkan.

Disebalik semua ini


Aku tau yang majoriti rakyat Malaysia sekarang ni bingung dan pening dengan situasi dalam negara. Political war yang tak habis saban hari dan ekonomi dunia yang semakin hari tak menampakkan jalan keluar untuk bertambah baik. Keadaan sekarang persis tahun 1998, waktu Bro Anwar Al-Munafikun tengah sibuk buat hal dalam negara dan pada masa yang sama ekonomi serantau dilanda krisis. Cuma bezanya bagi aku, political war sekarang ini lebih lama berbanding zaman Tun M dan ekonomi dunia yang sememangnya lebih teruk dari 1998.

Bagi aku, untuk memahami situasi sekarang ini, khususnya pasal keadaan politik semasa, kita perlu lihat dari sudut yang lebih besar. Bukan lihat di dalam negara sahaja, tetapi melihat dari segi monopoli politik dunia. Kita perlu bertanya kenapa situasi politik sekarang berlaku?Siapa 
di belakang semua ini?(Malangnya lebih ramai yang suka dengar cerita kat kedai kopi ataupun daripada orang lain daripada membaca dan mencari maklumat yang sah. Pada mereka membaca hanya perlu bila belajar atau jadi student).

Yahudi laknatullah

Yahudi yang aku maksudkan ialah Zionis dan golongan Neo-con. Mereka ini sejak berabad lamanya merancang menakluki dan menguasai dunia. Zionis terbit dari perkataan Zion, iaitu Bukit Zion di Israel. Pada mulanya gerakan Zionis adalah didefinisikan untuk mewujudkan negara Israel, namun kemudiannya menjadi satu gerakan Yahudi yang sangat berpengaruh. 

Mereka ini bersekongkol dengan golongan Neo-con atau Anglo-American yang kebanyakan dari Eropah (terutama Britain) dan Amerika. Mereka bercita-cita untuk menakluki dunia dan mewujudkan 'New World Order' atau Order Baru Dunia. Dunia tanpa sempadan negara,dan yang paling utama,tanpa agama.

Agenda mereka

Mereka ini kebanyakannya golongan atheist dan pagan, namun ramai yang berselindung disebalik agama. Kononnya mereka tu beragama. Tak kiralah agama apa pun. Yang beragama Islam pun memang ada. 

Agenda utama mereka ialah untuk mewujudkan New World Order. Dunia yang dikuasai sepenuhnya oleh mereka. Setiap pemimpin dunia dalam tangan mereka. Tiada agama yang dominan selain fahaman atheist dan pagan.

Mereka ini menguasai bank-bank dan yayasan-yayasan terbesar di dunia, syarikat-syarikat gergasi dan memegang jawatan penting di negara-negara maju dan menguasai media-media terbesar dunia. Mereka sangat berpengaruh, ramai yang berketurunan Yahudi.

Hapuskan dan rosakkan agama.

Agenda mereka merosakkan agama Kristian sudah berjaya. Banyak unsur-unsur pagan telah diserapkan ke dalam Kristian. Santa Claus,Krismas dan tuhan yang mempunyai anak dan isteri antara elemen yang diserapkan. Tuhan digambarkan seperti manusia. Ada kaki, tangan dan berjanggut.Tiada Bible yang 'ultimate'. Gereja pun dikhaskan mengikut warna kulit.

Sekarang giliran Islam. Mereka dah berjaya ubah persepsi orang bukan Islam yang Islam ni sebenarnya agama ganas. Osama bin Laden diburu tapi tak jumpa-jumpa. Tragedi 9/11 dituding kepada umat Islam. Usaha provokasi terhadap Rasulullah saw tak habis-habis. Tapi Islam agama dilindungi Allah,tetap berkembang walaupun dalam keadaan susah.

Jadikan materialisme sebagai cara hidup.

Ditanamkan pada jiwa kita untuk hidup kerana wang,harta dan hiburan. Sibukkan diri dengan segala urusan dunia. Cari harta dan tindas orang lain tu takpa kalau nak mencari harta. Hiburan biar mengkhayalkan. Minda anak-anak muda dipengaruhi semua ini dan menyebabkan mereka 
lalai dan lupa untuk mencari ilmu dunia dan akhirat.

Apa kena mengena dengan Malaysia?

Malaysia negara Islam yang lantang mengutarakan isu Islam dan mempromosi prinsip Islam di seluruh dunia. Malaysia merupakan negara pertama yang ada sistem dan undang-undang lengkap kewangan Islam secara komprehensif. Malaysia paling agresif dalam mempertahankan agama .Islam di negara sendiri. Malaysia sudah mula dilihat,dijadikan contoh dan pembakar semangat oleh negara Islam lain untuk maju. Malaysia bijak mengawal ekonomi, kawan kepada semua negara (kecuali Israel) dan kaya dengan sumber asli dan sektor perindustrian. Ramai juga yang mahu melihat negara ini jatuh.

Dengan kata lain, Malaysia bakal menjadi negara Islam pertama menjadi negara maju. Islam akan dipandang tinggi oleh negara lain dan ramai yang akan berminat untuk belajar daripada Malaysia. Suara Malaysia akan lebih lantang dan didengari dunia. Ini tak boleh jadi. Malaysia 
harus dijatuhkan, ekonominya harus dilumpuhkan, politiknya harus dikucar-kacirkan dan Malaysia tidak boleh jadi negara maju.

Tindakan subversif

Mereka ini tidak mahu menyerang Malaysia. Malaysia tak buat salah apa-apa. Malaysia tiada senjata nuklear. Professor belajar pasal nuklear adalah. Macam mana nak jatuhkan kerajaan yang ada kalau tak serang Malaysia?

Jawapannya: Angkat dan sokong seorang anak Melayu Islam. Brainwash anak ini dan biarkan dia memberontak. Asuh dia dan bela dia cukup-cukup. Biar dia masuk dalam kerajaan. Kemudian bila dia sudah masak ranum, biar dia rosakkan negaranya sendiri. Jalan yang mudah, 
cuma perlukan sedikit kesabaran.

Sekarang anak tu dah tua. Hampir jadi PM Malaysia suatu masa dulu (tahun 1998) dan kemudiannya baru-baru ni (kononnya 16 Sept..haram...). 

Weakness point.

Harus kita ingat, weakness point negara ini adalah dasar toleransi kaum dan agama. Agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka (jangan kacau penganut Islam sudah..). Orang Melayu menjadi tunjang politik dan kaum lain 
berkongsi bersama. 

Senang kalau nak kucar-kacirkan Malaysia. Kacau weakness point tu. Lagakan antara kaum, lagakan antara agama. Usik agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Dalam negara mesti kucar-kacir. Biarkan hancur negara Malaysia. Bagikan tugas ini kepada Al-Munafikun. 

Pucuk dicita, ulam mendatang.

Al-Munafikun dibebas daripada penjara. Ini masa untuk 'refresh' idea dan agenda dulu yang tak menjadi. Pucuk dicita, ulam mendatang. Parti dia dan parti 'ketam bangkang' lain menang besar walaupun kalah dalam PRU12. Senang sikit nak buat kerja huru-hara negara. Jom kita support dia untuk tumbangkan kerajaan sekarang.

Taburkan dan sebarkan persepsi yang negatif. Buat character 'assassination' pada parti pemerintah dan pemimpin-pemimpinnya. Timbulkan isu-isu sensitif yang bakal membakar hati orang Melayu dan orang Islam. Kaum lain pun sama. Api-apikan hati mereka. Biar satu negara meletup.

Sekarang

Nampaknya racangan mereka sudah dilaksana tapi ada sedikit rintangan. Orang Melayu sudah diajak bersatu dan kerajaan memerintah nampaknya semakin kuat membela Islam. Si Al-Munafikun pun tak sehebat dulu. Selalu gelojoh dan lupa. 

Kesimpulan

Berfikir dengan hati dan fikiran yang tenang. Ketahui monopoli politik dunia. Siapa mereka dan apa agenda mereka?Jangan cepat terpengaruh dengan khabar angin. Pertahankan agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja. Doakan negara kita aman dan doakan supaya Allah (tuhan orang Islam yg Maha Esa,tidak menyerupai makhluknya) pelihara negara kita.    

Yang paling penting, umat Islam dan umat Melayu mesti bersatu.

Tuesday, February 24, 2009

Mukaddimah

After being asked by friends to have my own blog, now I am at last starting to write. It's not that I don't know what to write, it's just that writing comes with mood and ideas (and food by my side) to me. 

This blog will be about anything that comes to my mind on politics, economics and current issues. Things about my daily life will be blogged in my other blog page. I'll write my blogs in both BM and English or the mix of it (rojak..hehe). And please ignore my grammar.

Whether you like my blogs or not, believe it or not, you're actually reading it!!! Enjoy!


Fadzli @ pedu