Monday, April 6, 2009

Sibuk sedikit..

Dah lama juga tak update blog ni. Tak tau la kenapa susah sangat nak cari masa nak update blog,padahal idea melambak. Kesempatan menulis ni aku nak komen sikit2 pasal isu semasa politik negara.

Tahniah Dato' Seri Najib..

Alhamdulillah, di sebalik 'usik-usik' pihak yang tak bertanggungjawab(dengan kata lain 'dengki'), DSN akhirnya mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang keenam. Kalau Allah dah takdirkan DSN menjadi PM, Anwar boleh buat apa?Tapi bukan nak cakap pasal si Munafikun tu, tapi kebijaksanaan DSN dlm berpolitik. 

Dalam PAU 2008 yang baru lepas, DSN menjemput Tun M ke atas pentas bersama dgn pemimpin lain terutama Pak Lah. Ternyata DSN mempunyai pandangan yang jelas bagaimana untuk satukan UMNO semula.  Pagi pertama beliau sebagai PM diluangkan bersama Tun M. Aku lihat ini sebagai satu tindakan bijak meyakinkan Tun kembali ke pangkuan UMNO dan memperoleh semula sokongan mereka yang keluar UMNO bersama Tun tahun lepas. 

Pada hari kedua DSN turun menemui rakyat di KL. Beliau ke Petaling St,Kerinchi dan Jalan Tun Sambathan di Brickfields. Gembira sungguh nampaknya tokeh kedai mamak di Brickfields tempat DSN singgah. 

Di Bukit Selambau dan Bukit Gantang semalam, Tun M memberi ucapan pendek beliau kepada pengundi2 di sana. Ternyata DSN pandai memberi pukulan KO kepada pembangkang. Ramai yang hadir melepaskan kerinduan mendengar ucapan Tun M. Kalau waktu Tun jadi PM dulu, bila beliau berucap aku confirm terpaku depan tv.

Hanya selepas seminggu mentadbir(aku taknak guna 'memerintah' sebab macam diktator pulak rasanya), nampaknya DSN memang pandai memberi 'political gesture' beliau kepada rakyat. Idea 1Malaysia pula bakal menjadi agenda beliau dalam menyatupadukan semula rakyat pelbagai kaum dan agama. Benar bagai dikata si Munafikun, DSN adalah orang paling cerdik dalam UMNO.


Alahai si Munafik...

Yang ni tak habis2 menipu rakyat. Kononnya ada berita tergempar yang nak disampaikan, tapi macam biasalah dia ni, cakap lebih, tapi bila sampai waktu, habuk pun tadak. Sama la macam 16 Sept. Bak kata orang 'buang karan jek'. 

Setakat ini sudah 6 ketua bahagian PKR Kedah bertindak keluar parti sebab hilang kepercayaan pada Munafikun (kami dah lama tak caya,hangpa lama kena tipu na). Maka PKR sememangnya seperti yang dijangka bakal menghadapi pendakian sukar untuk mempertahankan kerusi DUN Bkt Selambau.  Bekas ketua bahagian PKR Jerai, V.Kalaivanar pulak hari2 pusing Bkt Selambau bagi ceramah bergerak suruh orang jangan pangkah PKR, parti rosak katanya. Kita tengokla nanti apa kesudahannya malam 7 April nanti.

Pada pandangan aku, pertarungan sebenar adalah di Bukit Gantang. Nizar derhaka vs rakyat Perak. Melihat kepada sambutan yang diberikan semasa ucapan Tun M semalam, petanda positif BN akan menang. Tak tahulah kalau ramai yang datang cuma nak dengar.  Tak sabar nak dengar apa si Munafikun tu nak komen kalau dia kalah 3-0. Mungkin dia akan komen, "Pemain2 saya menunjukkan prestasi yang bagus hari ini. Pengadil yang bersalah dan tak professional. Ada pemain2 hantu yang dibawa masuk". Pengadil pulak yang salah..


Confessions of an Economic Hitman by John Perkins.

Ini tajuk buku yang aku tengah baca. John Perkins merupakan seorang bekas 'Economic Hit Man (EHM)'. Economic Hit Man merupakan satu jawatan ala2 agen CIA, tetapi ditugaskan untuk menundukkan negara2 yang di kehendaki kerana sumber ekonomi mereka (minyak cthnya) dengan jalan memberi rasuah kepada pemimpin negara terbabit dan memberi pinjaman dalam jumlah yang besar dengan interest rate yang tinggi. Ini merupakan jalan bagaimana US membina empayarnya melalui jalan ekonomi. Tak perlu berperang macam zaman dulu. Pemimpin2 yang liat untuk tunduk akan dibunuh. Contohnya seperti presiden Ecuador dan Panama. 

Ada 3 peringkat untuk menundukkan pemimpin sesebuah negara. Pertama melalui EHM. Kalau tak jalan US akan hantar 'jackals'. Tugas jackals adalah untuk membunuh. Dan terakhir kalau dua jalan pertama tak boleh, baru military akan masuk. Aku baru baca separuh jalan, aku akan bagi ulasan bila dah habis nanti.   
 



1 comments:

desilza said...

hehe.. aku pun sama, boleh duduk diam-diam dengar Tun M berucap, padahal monotone je, tak berapi pun macam ceramah yang biasa kita dengar. Masa sekolah menengah, aku siap baca balik teks ucapan dia dalam paper (dulu mana ada internet)...

1Malaysia satu konsep yang baik.. kita lihat apakah keberkesanannya nanti.

Post a Comment